Bengkel SmartICT Bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau – Zon Krokong

17 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Bengkel SmartICT ini telah dijalankan pada hari Khamis, 16 Mei 2019 bersama Ketua Masyarakat Daerah Bau bagi Zon Krokong bertempat di Pusat Internet Krokong. Seramai 8 orang peserta telah menghadiri bengkel ini. Antara pihak yang turut sama membantu menjayakan bengkel tersebut adalah Pusat Internet Krokong dan Pusat Internet Serasot.

Berikut adalah modul pembelajaran:
1) Microsoft Office Word
• Pengenalan kepada MS Office Word
• Mempelajari asas penggunaan perisian
• Penggunaan Papan Kekunci & Kaedah menaip yang betul
• Membuat Surat Kiriman Rasmi
• Kaedah penggunaan Toolbar / Ribbon
• Kaedah penyusunan isi kandungan dalam dokumen
• Tugasan Menghasilkan Surat Rasmi

2) Microsoft PowerPoint
• Pengenalan kepada MS Office PowerPoint
• Mempelajari asas penggunaan perisian
• Kaedah penggunaan Toolbar / Ribbon
• Memasukkan data
• Kaedah penyusunan isi kandungan dalam slaid
• Tugasan menghasilkan slaid persembahan
• Pembentangan Hasil Tugasan

Bengkel ini telah dijalankan selama 3 jam bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali